- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki; takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai sandal atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana KEMATIAN boleh bertandang bila-bila masa.
- Jangan ego untuk memohon maaf pada ibu bapa dan sesama manusia andainya kita memang berdosa.
- Jangan mengumpat sesama rakan, rosak persahabatan, hilang kebahagiaan.
- Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita tidak sombong bila berjaya, andai gagal tidak kecewa.
- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur jiwa tenang, rezeki melimpah.
- Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik menghilangkan kasih orang kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Allah Ta’ala berfirman: قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Katakanlah (hai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Ali Imran (3): 31)
Saturday, October 16, 2010
JANGAN…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jangan...oo..jangan..jom amalkan jangan jangan nih..
ReplyDeletebukan jongang oo jongang eh..hehe~ =p
jongah 2 lagu minah jongang...hahaha~
ReplyDeleteinsyaALLAH...same2 lh kte amalkan...huhu~