Wednesday, September 7, 2011

Duhai Hati


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Duhai Hati…
Mengapa bersedih andai yang terjadi
Tidak seperti yang diimpi,
Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Duhai Hati…
Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,
Bukankah cinta Allah itu yang hakiki

Duhai Hati…
Mengapa tidak sungguh2 dalam berjuang di jalan illahi,
Bukankah janji Allah telah  terpatri
Duhai hati…
Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,
Bukankah cinta ilahi lebih diredhai


Duhai Hati…
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,
Akan segala isi hati ini..
Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..
Bukan aku pinta jadi begini…

Tuesday, September 6, 2011

La tahzan wahai hati...

Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka,
Allah telah mengira titis air matamu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah pertunjuk jalan,
apebila engkau telah berazam,
Maka bertawakallah kepada Allah,

Sunday, July 10, 2011

DOAKU UNTUK SUAMI TERCINTA...

DOA SEORANG ISTERI MUSLIMAH


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah ...sesungguhnya. . Aku
lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Monday, April 25, 2011

Tinggal Beberapa Hari lagi...:(

Sudah berapa lama saya tidak m'update' blog ni... hari ni saya terpanggil untuk meng'aktifkan' blog ni.... huhu..
bila saya kira-kira calender, sedar tak sedar, 39 hari je lagi untuk saya bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki pilihan family.... perasaan berdebar, excited, suka, sedih, bercampur....kadang-kadang, dalam saya duduk sorang-sorang, saya terfikir, " boleh ke aku jadi isterinya yang solehah..", "boleh ke dia terima aku seadanya aku", ...semua soalan bermain di fikiranku... dalam kegelisahan ni, saya takkan lupa untuk mengadu pada yang MAHA ESA..Dialah sebaik-baik pendengar... saya risau memikirkan tentang persiapan diri untuk menjadi seorg isteri...dalam masa yang sama, saya rasa sangat bersyukur dan bertuah mendapat seorg lelaki, bakal suami yang sangat baik dan selalu memberi semangat pada saya... di kala saya kesunyian, dialah penghibur...di kala saya kesedihan dialah pengubat....dia banyak memberi kekuatan pada saya...saya harap, saya dapat menjadi isterinya yang solehah...itulah doa saya setiap kali selesai solat...insyaALLAH, saya akan cuba ke arah itu...

untuk bakal suami, saya harap awak dapat besabar dengan kerenah kebudak-budakan saya ini...:)

10 Sifat isteri solehah

DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”
Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.
“Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”
Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”
Penulis ialah doktor perubatan persendirian dan AJK JIM Pusat

Friday, January 28, 2011

Lebah Madu



Pembina Sarang Yang Sempurna
Kamu semua telah sedia tahu tentang lebah madu. Mungkin kebanyakan daripada kamu pernah melihatnya di dalam cerita kartun di TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar, berdesing-desing di merata tempat. Tetapi saya yakin ada banyak juga yang kamu tidak tahu tentang mereka...
Tidak berapa lama dahulu, ibu, ayah dan saya telah pergi ke hutan untuk berjoging. Saya gembira di sana. Tetapi yang paling menggembirakan saya ialah seorang sahabat baru yang saya temui ketika kami beristirahat. Ia sangat kecil, tetapi ia amat bermakna kepada saya. Saya tidak akan melupakan sahabat kecil saya ini.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah dia? Sebenarnya, ia adalah seekor lebah madu yang riang. Ia datang kepada saya dan terbang mengelilingi saya untuk seketika. Mulanya, saya merasa takut disengat kerana ia terlalu hampir... Saya menjerit: "Jangan! Tolong jangan sengat saya. Saya tidak mahu dicederakan!". Dan kemudian sesuatu yang aneh berlaku, apabila lebah itu mula bercakap dengan saya.
Si Lebah Madu: Saya tidak mahu menyengat kamu. Saya hanya mahu berkawan dengan kamu.
Omar: Betulkan? Saya sangat berbesar hati mendengarnya.
Si Lebah Madu: Biar saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah seekor lebah pekerja. Saya tinggal di dalam batang pokok, bersama dengan beribu-ribu sahabat-sahabat saya.
Omar: Wah! Kamu mempunyai sahabat-sahabat yang sangat ramai!... Bagaimana kamu dan sahabat-sahabat kamu meluangkan masa kamu?
Si Lebah Madu: Kami membersihkan sarang kami, mengumpulkan makanan dan membawanya ke sarang, menghasilkan jeli diraja, memanaskan sarang dan mengawalnya...
Omar: Tidakkah kamu merasa letih melakukan semua perkara-perkara tersebut?
Si Lebah Madu: Tidak. Kami lebah-lebah pekerja membahagikan tugas-tugas di dalam sarang di kalangan kami. Kerana itulah kami tidak pernah merasa letih. Contohnya, hari ini saya membina indung-indung madu untuk menyimpan madu...

Omar: Ada satu benda tentang lebah yang sering menyebabkan saya tertanya-tanya; bagaimana kamu dilahirkan?

Semua lebah madu di dalam sarang melakukan tugas-tugas yang berbeza. Sebahagian mengumpulkan makanan sementara yang lain pula membersihkan sarang atau menghasilkan madu

Si Lebah Madu: Mungkin kamu pernah mendengar bahawa terdapat seorang ratu di dalam setiap gerombolan lebah madu. Lebah ratu adalah lebah betina paling besar di antara semua lebah betina lain. Ia mengeluarkan telur pada masa-masa tertentu. Tetapi kami tidak menetas daripada telur-telur ini serta merta. Apa yang menetas daripada telur-telur ini ialah ulat putih, yang dipanggil larva, tanpa mata, sayap atau kaki, dan ia tidak sedikit pun kelihatan seperti kami. Untuk beberapa lama ia kekal terbungkus di dalam sebuah kepompong. Dalam masa yang sama, ia diberikan makan secukupnya dan kemudian berubah daripada kepompong menjadi seperti saya.
Omar: Ia amat menakjubkan! Saya masih tertanya-tanya tentang satu perkara! Dalam keadaan begitu sesak, apakah tidak berlaku kekeliruan di dalam sarang kamu?
Si Lebah Madu: Tidak pernah. Sebaliknya, ia sangat teratur. Beribu-ribu lebah tinggal bersama di dalam keadaan keharmonian sambil kami melakukan kerja-kerja kami.

Telur-telur yang dihasilkan oleh lebah ratu di dalam sel-sel, pada mulanya kelihatan seperti ulat-ulat di dalam gambar di bawah. Larva-larva ini makin membesar, berkembang dan berubah kepada bentuk seekor lebah. Gambar besar di bawah menunjukkan lebah-lebah pekerja yang berkumpul di sekeliling ratu.
 

Omar: Ia sangat menarik! Saya masih tidak faham bagaimana kamu dapat berkeadaan teratur sedangkan jumlah kamu terlalu banyak! Ayah saya pengurus bangunan kami, dan dia menghadapi kesukaran untuk menjaga ketertiban di sana. Tetapi kamu menyatakan kamu tidak mempunyai masalah seperti ini.
Si Lebah Madu: Memang patut kamu berasa terperanjat. Kami tahu pakar-pakar sains juga terperanjat dengan perkara ini, dan mencari jawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban ini dijaga, dan bagaimana sejumlah besar lebah-lebah dapat bekerja bersama dengan begitu baik! Saya boleh memberitahu kamu jawapannya dengan pantas: Kami mempunyai tugas-tugas tertentu; kami bekerja keras dan melakukannya sebaik mungkin dan kami cuba tidak mengganggu ketertiban di dalam sarang.
Ketika mendengar lebah pekerja ini dalam keadaan kehairanan, saya mendengar ibu memanggil, "Omar! Omar! Di mana kamu?". Masanya untuk saya beredar.
Omar: Emak saya sedang memanggil saya. Saya rasa saya perlu pergi dahulu sekarang. Saya sangat berbesar hati bertemu dengan kamu. Terima kasih di atas semua yang telah kamu ceritakan kepada saya!

Lebah-lebah madu saling memberi makan antara satu sama lain.

Lebah-lebah mengipas sarang dengan sayap mereka.

Lebah-lebah mengerumuni batas sepohon pokok.

Lebah-lebah pekerja memberi makan larva-larva di dalam sel


Si Lebah Madu: Saya juga gembira dengan kehadiran kamu. Mungkin, kita akan dapat bertemu lagi! Bagaimana kalau bertemu lagi di sini minggu depan? Jika kamu suka, saya boleh bawa kamu ke sarang kami dan tunjukkan kamu indung-indung madu.
Omar: Ia tentu hebat! Tetapi, sudah tentu hanya jika ibu bapa saya bersetuju untuk datang lagi ke mari.
Si Lebah Madu: Baiklah, semoga dapat bertemu kamu minggu hadapan!
Sebaik sahaja saya sampai ke rumah, saya mengeluarkan ensiklopedia haiwan yang ayah saya hadiahkan kepada saya. Saya dengan segera menyelak halaman-halaman dan menemui bahagian tentang lebah madu. Benda pertama yang menarik perhatian saya ialah gambar kecil seekor lebah madu. Saya telah mula merindukan sahabat kecil saya...
Saya membaca buku tersebut dengan penuh takjub. Saya sungguh hairan dengan apa yang saya baca sehinggakan saya tidak menyedari berapa lama masa telah berlalu. Ibu saya tertanya-tanya apa yang saya lakukan di dalam bilik saya begitu lama dan datang untuk melihat saya. Dengan gembiranya saya mula menceritakannya semua tentang lebah.
Omar: Ibu, tahukah ibu bahawa lebah madu amat menakjubkan? Contohnya, biar saya ceritakan perkara terakhir yang saya baca ini; mungkin ibu pernah mendengar lebah-lebah betina melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam sel. Mereka membuang semua bahan-bahan yang ditinggalkan oleh lebah-lebah yang menetas daripada kepompong-kepompong mereka, lebah-lebah yang mati di dalam sarang dan banyak benda yang bukan kepunyaan sarang. Apakah ibu tahu apa yang mereka lakukan apabila mereka menemui sesuatu yang terlalu besar untuk mereka bawa keluar daripada sarang? Mereka mengawetnya dengan satu bahan yang dinamakan "propolis" untuk menghalangnya daripada menghasilkan bakteria dan menjejaskan kesihatan lebah-lebah yang lain di dalam sarang. Sukar untuk percaya, tetapi propolis adalah satu bahan anti-bakteria, iaitu, untuk menghalang membiakkan bakteria... Adakah ibu tahu di mana mereka mendapatkan bahan ini? Bagaimana makhluk-makhluk kecil ini mengetahui begitu banyak tentang kimia? Setakat itu sahaja yang telah saya baca. Mungkin saya boleh memberitahu bagaimana mereka membuat bahan ini kemudian.

Lebah-lebah pekerja bertanggungjawab untuk membuang semua jenis organisma dan larva-larva mati yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan sarang ini.

Lebah-lebah pekerja menolak orang luar keluar daripada sarang.
Ibu: Lebah adalah haiwan yang kecil tetapi sangat bijak... Bagaimanapun, adalah salah untuk menganggap kebijaksanaan ini kepunyaan mereka. Terdapat seorang Pencipta yang mengajar mereka segala yang mereka lakukan. Ketika ibu seusia kamu, ibu juga membaca sebuah buku tentang lebah madu yang amat mengagumkan ibu, sama seperti kamu. Kamu boleh teruskan membaca. Ibu suka mendengar lebih banyak tentang lebah madu bila-bila masa sahaja kamu mahu berkongsi apa yang telah kamu pelajari dengan ibu.
Ibu saya keluar daripada bilik untuk menyediakan hidangan makan malam. Persoalan tersebut masih berlegar-legar di dalam fikiran saya; di mana lebah madu menemui bahan yang dinamakan "propolis" itu dan di mana mereka belajar menggunakannya? Saya terus membaca dengan penuh ingin tahu.
Buku ini turut menyebut bagaimana lebah-lebah madu menghasilkan propolis. Mulanya mereka mengumpulkan sejenis bahan yang dinamakan damar daripada tunas sebahagian pokok yang melekit dengan bantuan rahang bawah mereka. Mereka menghasilkan propolis dengan mencampurkan air liur mereka dengan damar tersebut, dan membawanya ke sarang di dalam kantung khas di kaki mereka.

Lebah-lebah madu mengumpulkan tunas-tunas pokok yang melekit untuk menghasilkan propolis.
Lebah madu menyaluti apa sahaja yang mereka tidak dapat bawa keluar daripada sarang dengan bahan ini yang mereka simpan di dalam kantung di kaki mereka. Dengan cara ini, bahan tersebut tidak dapat menempatkan sebarang bakteria dan menjadi tidak berbahaya. Ini adalah satu operasi yang sama dengan kaedah pengawetan mumia.
Tetapi siapa yang mengajar mereka melakukannya? Bagaimana mereka mengetahui bahawa makhluk yang telah mati atau bahan buangan boleh menjejaskan lebah di dalam sarang? Sedangkan saya sendiri baru mengetahuinya sekarang. Ini bukan sesuatu yang boleh diketahui oleh seekor serangga! Saya menjadi bertambah bingung. Apakah mungkin lebah-lebah madu ini juga mempunyai kesedaran seperti manusia?
Saya tidak berhenti daripada meneruskan pembacaan. Saya berkata sendirian: "Sekarang saya faham sebelum ini saya langsung tidak mengetahui apa-apa tentang lebah!". Saya masih mempunyai banyak persoalan di dalam fikiran saya yang saya sendiri tidak dapat menjawabnya. Tetapi saya pasti lambat-laun saya akan menemui jawapannya.
Buku ini juga memberitahu bagaimana lebah menghasilkan madu. Saya pernah mendengar lebah menghasilkan madu, tetapi saya tidak tahu bagaimana mereka membina indung-indung madu. Malah cara yang mereka gunakan untuk membina indung-indung ini juga adalah suatu keajaiban!

Omar cuba melukis heksagon-heksagon sekemas lebah madu. Tetapi tanpa bantuan peralatan tertentu seperti pembaris dan sesiku, dia tidak berjaya seperti lebah-lebah itu. Kamu juga boleh mencubanya sendiri.
Sel-sel indung madu berbentuk heksagon, rajah enam segi. Lebah-lebah madu mula membina indung ini daripada bahagian atas sarang. Bermula daripada beberapa titik, mereka membina dua atau tiga barisan ke bawah. Saya benar-benar keliru; bagaimana sebuah indung madu boleh menjadi begitu tersusun jika ia dibina dengan dimulakan daripada beberapa titik yang berbeza? Tambahan pula, tidak ada kesan titik persimpangan di antara sel-sel indung madu.
Saya pernah melihat ibu saya mengait banyak kali. Dia sering memulakan daripada satu titik. Saya tertanya-tanya bagaimana rupanya jersi jika dia memulakannya daripada tiga titik yang berbeza.... Sudah tentu ia kelihatan tidak elok! Jadi, sudah tentu lebah madu adalah haiwan yang mempunyai perkiraan yang tepat...
Saya mengambil sehelai kertas dan sebatang pencil. Bermula daripada sudut-sudut yang berbeza, saya mula melukis heksagon-heksagon (rajah enam segi). Saya cuba menggabungkan heksagon-heksagon ini di tengah-tengah kertas. Saya cuba melakukannya tanpa bantuan daripada sebarang peralatan seperti pembaris dan sesiku dan tanpa membuat sebarang anggaran.

Tiada titik persimpangan muncul di atas indung-indung madu yang dibina oleh lebah-lebah madu. Indung-indung adalah satu bentuk seragam, seolah-olah ia dibuat oleh seorang sahaja. Ini amat menakjubkan kerana lebah-lebah mula membina sel untuk membentuk indung-indung madu daripada titik-titik yang berbeza.
Tetapi kemudian saya menyedari bahawa ia adalah operasi yang sukar. Jadi bagaimana lebah-lebah madu melakukannya? Bagaimana mereka sel-sel heksagon begitu sempurna?
Tiada titik persimpangan muncul di atas indung-indung madu yang dibina oleh lebah-lebah madu. Indung-indung adalah satu bentuk seragam, seolah-olah ia dibuat oleh seorang sahaja. Ini amat menakjubkan kerana lebah-lebah mula membina sel untuk membentuk indung-indung madu daripada titik-titik yang berbeza.
Satu lagi perkara yang menarik perhatian saya ialah setiap lebah yang menyertai pembinaan indung madu ini kemudian, dengan segera mengetahui peringkat pembinaan tersebut dan mengambil alih kerja tersebut. Ketika lebah-lebah meneruskan pembinaan sel-sel dari berbagai sudut, lebah-lebah lain pula yang menyertai kumpulan tersebut mula membina daripada sedut yang berbeza. Walaupun proses seperti ini selalunya menyebabkan kekeliruan, tetapi lebah-lebah ini telah membina satu struktur yang sempurna.
Saya juga membaca bahagian tentang teknik lebah membuat madu. Saya sungguh terperanjat dan gembira membaca tentang proses-proses yang luar biasa ini. Buku ini menyatakan bahawa inti sari madu adalah madu bunga yang lebah kutip daripada bunga-bunga dan kuntum-kuntum buah. Setelah mengumpulkan madu bunga daripada bunga-bunga, lebah menukarkannya kepada madu.
Terdapat satu lagi subjek yang penting di dalam buku ini: ia memerlukan kerja keras untuk menghasilkan madu. Contohnya, untuk mengumpulkan satu kilogram madu, 900 ekor lebah perlu bekerja sepanjang hari. Anggaran lain di dalam buku ini lebih memeranjatkan: untuk menghasilkan 450 gram madu tulen, 17 ribu lebah mesti menghinggapi 10 juta bunga. Ia adalah satu kerja yang sangat sukar bagi mereka. Tetapi, sebaliknya, lebah-lebah bekerja lebih kuat dan menghasilkan lebih banyak madu daripada keperluan mereka. Tambahan pula, mereka sendiri tidak menggunakan madu ini, tetapi menawarkannya kepada kita, manusia.
Ini adalah sesuatu yang membingungkan. Dengan tubuh mereka yang kecil hanya beberapa sentimeter panjang, lebah melakukan kerja-kerja yang menakjubkan. Apakah sumber kesedaran, kemahiran dan kuasa ini? Bagaimana mereka memperoleh kebijaksanaan, kesedaran dan mengetahui begitu banyak tentang kimia dan matematik? Mengapa mereka bekerja keras untuk menghasilkan madu?
Saya mengambil buku saya dan pergi kepada ayah. Saya memberitahunya segala yang telah saya pelajari, dan bertanya kepadanya bagaimana lebah-lebah ini dapat melakukan semua perkara ini. Sambil tersenyum, ayah menepuk kepala saya dan berkata:
Lebah-lebah mengutip inti sari madu daripada bunga-bunga dan kuntum-kuntum buah.

"Kamu memang betul. Kita melihat kebijaksanaan dan kesenian yang hebat di dalam kehidupan lebah-lebah ini. Tetapi adakah ia hanya di dalam lebah? Sebenarnya, terdapat aturan yang sempurna di dalam semua haiwan dan lebih daripada itu, di dalam setiap bahagian daripada alam semesta ini! Tetapi terlebih dahulu biar ayah bacakan sepotong ayat daripada Al-Quran tentang lebah untuk menjawab soalan-soalan kamu itu:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl: 68-69)

Omar: Sekarang saya memahaminya dengan lebih baik, ayah. Allah "mendorong" lebah-lebah untuk bertindak dengan cara yang menakjubkan ini. Allah sangat mengasihi kita dan Dia mendorong lebah-lebah menghasilkan madu yang mengandungi ciri-ciri perubatan untuk kita. Sungguh menarik mempelajari tentang kemurahan Allah.
Ayah: Jika kamu mengkaji semut atau nyamuk, unta, burung, ikan, bunga, pokok, bintang, lautan, ringkasnya, semua yang ada di bumi, kamu juga akan merasa kagum berhadapan dengan kesempurnaan yang kamu saksikan pada mereka. Semua ini menunjukkan bahawa seluruh alam semesta ini diatur oleh satu kesenian yang hebat. Ini adalah kesenian Allah, yang menjadikan kamu dan ayah dan ibu kamu, lebah, burung kakak tua, arnab, tupai, planet-planet, angkasa, matahari, dengan kata lain semua yang terdapat di dalam cakerawala ini. Allah adalah Tuhan kepada semuanya.
Segalanya berlaku dengan kebenaran dan kehendak-Nya. Dia adalah Pencipta lebah-lebah madu. Semua yang mereka lakukan adalah dengan kebenaran-Nya. Kebijaksanaan yang kita saksikan di dalam haiwan-haiwan ini adalah lambang kebijaksanaan Allah yang tidak terbatas. Jika kamu melihat sekeliling kamu dengan pandangan seperti ini, kamu akan segera menyedari keajaiban yang sedang mengelilingi kamu!"
Ayah saya memang betul. Tidak dapat diragui lagi bahawa semua kebijaksanaan yang kita saksikan di sekeliling kita mempunyai seorang Tuhan Yang Maha Kuasa. Saya berfikir sendiri, "Allah adalah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Pencipta segalanya". Saya telah menemui jawapan kepada semua persoalan-persoalan yang selama ini mengganggu saya. Lebah-lebah madu tidak memiliki kebijaksanaan yang dipamerkannya! Adalah mustahil bagi mereka untuk memiliki kebijaksanaan seperti ini! Mereka bertindak dengan dorongan Allah, Pencipta mereka, dan kerana itu mereka mempamerkan satu kebijaksanaan tinggi yang memeranjatkan kita.
Saya meluangkan sepanjang minggu ini memberitahu semua orang yang saya temui, ibu saya, ayah, sepupu-sepupu saya dan sahabat-sahabat, tentang lebah madu. Pada hujung minggu, saya bertanyakan ayah saya untuk pergi ke hutan itu lagi.
Omar: Ayah adakah kita akan pergi berjoging di hutan lagi hujung minggu ini?
Ayah: Sebenarnya, ayah tidak merancang untuk ke sana hujung minggu ini, tetapi jika kamu mahu, mengapa tidak?
Saya amat berbesar hati dan gembira mendengarnya. Saya tertanya-tanya sama ada saya akan dapat bertemu lagi dengan lebah madu yang telah bercakap dengan saya!
Apabila kami sampai ke hutan tersebut, saya merasa lebih gembira. Saya tidak sabar untuk bertemu semula dengan lebah madu itu lagi. Saya mula berjoging bersama ayah saya. Tidak lama kemudian kami sampai ke tempat saya mula bertemu dengan lebah madu itu. Saya memberitahu ayah saya bahawa saya hendak meninjau di kawasan sekitar sebentar. Dia menerimanya, tetapi mengingatkan saya supaya tidak pulang lewat. Saya berlari dengan pantas ke tempat pertemuan kami. Sahabat saya itu telah sedia di sana menanti saya. Jelas dia telah berada di sini beberapa waktu.
Omar: Helo! Saya sangat gembira dapat bertemu dengan kamu lagi!
Si Lebah Madu: Saya juga begitu! Selamat datang! Saya juga gembira bertemu dengan kamu lagi Saya akan berpegang kepada janji saya dan akan menunjukkan kepada kamu indung-indung madu hari ini.
Omar: Hebat! Kamu tahu tak? Saya meluangkan sepanjang minggu ini memikirkan tentang indung-indung madu kamu yang menakjubkan itu! Saya tidak sabar untuk melihatnya!
Daripada sebatang pokok beberapa langkah daripada situ, satu bunyi dengungan yang menakjubkan kedengaran. Saya tidak mungkin berani pergi ke sana jika tidak ada sahabat saya ini bersama. Lebah madu kecil ini berjanji bahawa tiada apa akan berlaku kepada saya, dan saya mempercayainya.
Apabila kami menghampiri batang pokok, saya masih ingat bahawa di sebalik bunyi dengungan yang saya dengar terdapat aturan hebat di dalamnya. Lebah madu adalah salah satu di antara haiwan-haiwan yang kuat bekerja di alam ini; mereka bekerja tanpa sesaat berhenti dan mereka menghasilkan madu lazat yang mempunyai berbagai kegunaan kepada manusia. Sahabat kecil saya menunjukkan saya sel-sel indung madu; ia dibuat dengan begitu rapi sehinggakan sesiapa sahaja akan tertanya-tanya bagaimana makhluk-makhluk kecil ini dapat membuat sebuah binaan yang begitu sempurna.
Sel-sel yang saya lihat diperbuat daripada heksagon-heksagon yang kemas dan sempurna, atau rajah enam segi. Di dalam kelas matematik minggu lepas, saya telah menyoal guru saya beberapa soalan tentang heksagon. Beliau telah menerangkan kepada saya secara ringkas tentang heksagon, tetapi masih terdapat beberapa soalan di dalam fikiran saya.
Saya bertanyakan sahabat saya tentang garis panduan untuk membina sebuah sel indung madu heksagon. Dia memberitahu saya bahawa ketua lebah, yang merupakan lebah paling berumur, dapat memberikan saya jawapan yang tepat. Dia kemudian memanggil ketua lebah berkenaan, yang menjawab soalan saya:
Ketua Lebah: Ketika kami membuat sebuah sel heksagon, kami memberikan perhatian istimewa kepada sudut dalaman sel-sel indung. Kami mesti memastikan semuanya 120 darjah. Di samping itu, kecondongan sel-sel ini ke tanah juga amat penting. Jika kami menitikberatkan titik lain dan meninggalkan titik ini, sel tidak akan menjadi bentuk yang sepatutnya dan semua madu yang kami simpan di dalam indung akan melimpah keluar ke tanah.
Omar: Sebenarnya, ia amat sukar untuk sama memahaminya, kerana saya tidak biasa dengan subjek ini. Bagaimana lebah madu dapat melakukan perkiraan ini tanpa melakukan sebarang kesilapan? Bagaimana kamu menetapkan setiap sudut 120 darjah? Dan kamu tidak menggunakan sebarang peralatan ketika membina indung-indung ini. Ia mengingatkan saya kepada semua halaman-halaman yang penuh dengan bentuk-bentuk geometri ganjil yang saya lukis ketika cuba melukis heksagon yang tepat... Saya bertambah kagum dengan kamu sekarang!
Ketua Lebah: Jangan kagum dengan kami; kami tidak melakukan perkara-perkara ini sendirian! Ia adalah kemahiran-kemahiran semula jadi.
Ketika membina selsel, lebah madu mengira darjah-darjah sudut sama serpeti jurutera-jurutera mahir. Akhirnya, indung yang dibina adalah satu keajaiban kejuruteraan. Tidak dapat diragunkan, bahwa lebah-lebah kecil ini tidak mungkin melakukan pengriraan ini dengan sendirinya. Serpeti makhluk-makhluk lain di alam ini, mereka bertindak mengikut dorongan Allah.
Dengan kata lain, kami dilahirkan dengan kemahiran-kemahiran ini. Kami tidak menerima sebarang latihan atau yang seumpama dengannya.
Omar: Kamu memperlihatkan kebijaksanaan yang hebat! Setiap orang perlu mempelajari perkara-perkara yang kamu lakukan. Saya ingin menyoal kamu beberapa perkara, jika kamu benarkan.
Ketua Lebah: Sudah tentu...
Omar: Mengapa kamu membina indung-indung kamu dalam bentuk heksagon?
Ketua Lebah: Saya faham. Kamu mahu tahu mengapa kami tidak membuatnya berbentuk bulat, segi tiga, pentagon atau oktagon, tetapi heksagon... Jika kami membuat indung-indung madu ini dalam bentuk lain, akan ada ruang-ruang tertinggal yang tidak digunakan di antara sel-sel; dengan itu, kami hanya dapat menyimpan kurang madu dan terpaksa membazirkan lilin untuk menampal jurang ini. Sebenarnya, kami juga boleh menyimpan madu di dalam bulatan atau segi tiga, tetapi heksagon adalah satu bentuk yang mempunyai ukur lilit yang terpendek. Walaupun mempunyai keluasan yang sama dengan bentuk-bentuk lain, tetapi kami menggunakan kurang lilin untuk membuat sel-sel heksagon daripada apa yang kami gunakan untuk membuat segi tiga dan bulatan. Dengan kata lain, kami boleh menyimpan jumlah madu yang maksimum di dalam indung-indung heksagon dan menggunakan jumlah lilin yang minimum.
Saya tidak dapat mempercayai apa yang saya dengar! Saya sedang mendapat pelajaran kejuruteraan daripada seekor lebah madu yang kecil... Terdapat banyak lagi perkara yang hendak saya tanya dan belajar. Tetapi hari sudah lewat, jadi kami meninggalkan Ketua lebah itu dan berjalan ke arah ayah saya.
Omar: Saya telah mempelajari banyak perkara daripada kamu dan lebah-lebah madu lain. Sekarang saya sedar sebelum ini saya tidak menyedari keindahan yang wujud di hadapan mata saya! Kamu telah mengajar saya bahawa terdapat aturan yang sempurna di dalam alam semesta ini.
Mulai sekarang saya harap saya akan dapat mengenal pasti semua kesempurnaan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada kamu!
Si Lebah Madu: Tidak mengapa, sahabat kecilku... Jangan lupa bahawa tidak satupun kesempurnaan ini adalah milik kami! Kami hanya melakukan apa yang telah diajarkan kepada kami. Selamat tinggal!
Sebaik sahaja saya meninggalkan si lebah madu, saya terdengar ayah saya memanggil nama saya.
Lebah-lebah madu mengumpulkan madu bunga daripada bunga untuk menghasilkan madu.
Hari sudah lewat. Saya segera kembali untuk bertemu dengan ayah saya, tetapi fikiran saya masih tertumpu pada sahabat kecil saya! Sebaik sahaja saya memasuki kereta, saya terlihat seekor rama-rama. Ia mempunyai gabungan warna yang hebat, harmoni dan simetri pada sayap-sayapnya. Saya memutuskan untuk pergi ke perpustakaan sekolah besok untuk melakukan kajian ke atas rama-rama.
Seseorang itu tidak akan dapat menghitung keindahan-keindahan yang dijadikan Allah. Saya menyedari kini bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari...