Thursday, September 16, 2010

Cerita Syawal...

Hari ni hari ke 6 kte meraikan syawal...beraya kat bandar tak sama macam beraya kat kampung....raya pertama lagi dah sunyi...tak tahu nak gi mane...

sekadar luahan...
Pada akhir Ramadhan lepas, tak tahu kenapa hati ni diselubungi kesedihan yang melampau...sampai dalam solat pun boleh menangis..(sob3...T_T)....mungkin rasa diri ni kurang amalan lagi...belum tentu kite akan bertemu dengan Ramadhan akan datang..Ramadhan kali ni aku rsa lain dari tahun-tahun lepas...bukan kerana aku dah dapat status 'tunang orang'...tapi, mungkin setelah banyak perkara yang terjadi kat aku, hati aku makin kuat untukNYA.. kerana DIA, aku berubah...sebelum ni aku buta...ujian demi ujian menimpa aku...baru sekarang aku sedar..ALLAH tak pernah tinggalkan hambaNYA...walaupun sudah banyak dosa yang pernah hambaNYA ni  buat..ALLAH tetap membuka pintu taubat untuk hambaNYA...walaupun dosa  seluas lautan sekalipun, DIA akan ampunkan...masyaALLAH...rasa kerdil dan jahilnya diri ni...pada ramadhan lepas, aku berusaha untuk tingkatkan amalan aku...aku didik hati aku supaya menjadi sekeping hati yang sabar, tabah dan redha dengan ketentuanNYA..aku cuba untuk jadi yang terbaik...semua orang nak jadi baik kan??? satu benda yang aku rasa lepas aku berubah ni...aku rasa tenang sangat...bila aku diuji, aku sabar...dan bila aku fikir balik hikmahnya, aku rasa sangat bersyukur...pengetahuan kite memang terbatas...ALLAH takdirkan sesuatu yang terbaik untuk kite...kita lah yang harus mentadbirNYA dengan sebaik mungkin...sekali kite tersilap, selamanya kite akan menyesal..

Dalam masa diuji, aku tak tahu berapa banyak tisu aku dah buang, berapa banyak handkerchief jadi tempat aku lap snivel aku..family and sahabat menjadi sumber kekuatan aku...sayang jugak mereka kat aku...Dalam masa aku diuji, aku sudah mengenali siapa sahabat, siapa kawan....and siapa musuh...aku didik hati aku supaya tidak berdendam dengan sesiapa...setiap kali aku nak tido, aku maafkan semua orang termasuk "orang tu"...aku tak nak bermusuh dengan sesiapa...walaupun 'dia' buat aku sedih, aku tetap maafkan dia..kat situ aku dah belaja jadi seorang yang pemaaf...sampai sekarang aku praktik kan..

Aku diuji pula dengan tesis yang selalu 'direject'....tesis lab dah berapa kali aku repeat...tapi aku tetap sabar...inilah ujian seorang pelajar...tanpa ujian, hidup ni tak ada manisnya..mungkin tesis aku antara yang terbaik...mane tahu kan...think positive je...untuk sedapkan hati ni...ALLAH je tahu cam ne hati ni mendendang-dendangkan irama sampai nak pecah..hahaha~


Whatever it is....back 2 basic..
ALLAH is the BEST..

lagu ni khas untuk diri sendiri...


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Tajuk Nasyid : Segenggam Tabah
Artis : Inteam
Album : Tiada Lagi Kasih


sekadar luahanku kepadaMU....


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


Ya ALLAH...ampunkanlah dosa-dosaku...
dosa kedua ibu bapaku..
dosa keluargaku..
dosa sahabat-sahabat ku..
dosa seluruh umat islam di bumi ini..

ya ALLAH...
jangan KAU gelapkan hatiku dengan dosa-dosaku...
permudahkan urusanku..
berikanlah kepadaku cinta orang-orang yang mencintaiMU..
agar tidak aku tersasar lagi di Dunia dan di Akhirat..
jadikanlah aku seorang anak yang solehah...seorang isteri yang solehah...dan seorang ibu yang boleh mendidik anak-anak untuk menjadi soleh dan solehah..
kurniakanlah aku keluarga yang soleh dan solehah..
anak-anak yang soleh dan solehah..
amin...ya Rabbal'alamin..



Saturday, September 11, 2010

TIPS KESIHATAN

Tips Kesihatan 1



Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut.Sebenarnya Islam lebih advance dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan….

Jangan makan SUSU + DAGING (Nasi Goreng USA)
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda.

Tips Kesihatan 2


KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?

Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ºC.

Tips Kesihatan 3


KEPENTINGAN AIR BERALKALI

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.

Tips Kesihatan 4


SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat akan membekalkan tenaga,

Selain itu, pengambilan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.

Tips Kesihatan 5


Memilih Makanan Yang Sihat

Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.

Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.

Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.

Rasulullah SAW bersabda makhumnya: "Aku tinggalkan kamu kepada dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitulah kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya" (Malik, T.TH :502)

والله اعلم

jagalah kesihatan sebaik mungkin....
ble dh sakit, sukar utk kte beribadah dgn khusyuk....
ble dh sakit, sukar lah utk kte bt rutin harian...
penyakit berpunca dr perut....jga lah perut anda utk badan anda....
:-P

Friday, September 10, 2010

Raya 2010

10 syawal 1431H
Tahun ni tahun terakhir aku beraya sebagai seorang gadis sunti, bujang and pelajar degree....insyaALLAH....kali ni eidul fitri aku lebih bermakna...walaupun banyak pengalaman yang sukar untuk aku lupakan...aku sangat bersyukur kerana dengan pengalaman yang menjadi "lecturer" aku selama ni, aku tahu cam ne nak hargai hidup ini...

1 thing that I've learned:
                     "Family first"
ape2 pun y kita buat, biarlah dengan keredhaan ibu bapa....tanpa redha diorg, kte xkn dapat redha ALLAH....hidup pn xtenang...










ni lah family kesayangan aku....
dlm rmai2 adik beradik aku ni (rmai sgt ke??)....aku lah plg CUTE..hehe~
klu xpuji diri sendiri, sape lg nk puji aku kn..hihi~


Puisi hati di Aidil Fitri
TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI
Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan
Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
Allah hu Akbar… Allah hu Akbar… Walillahhilhamd!