sekadar luahan...
Pada akhir Ramadhan lepas, tak tahu kenapa hati ni diselubungi kesedihan yang melampau...sampai dalam solat pun boleh menangis..(sob3...T_T)....mungkin rasa diri ni kurang amalan lagi...belum tentu kite akan bertemu dengan Ramadhan akan datang..Ramadhan kali ni aku rsa lain dari tahun-tahun lepas...bukan kerana aku dah dapat status 'tunang orang'...tapi, mungkin setelah banyak perkara yang terjadi kat aku, hati aku makin kuat untukNYA.. kerana DIA, aku berubah...sebelum ni aku buta...ujian demi ujian menimpa aku...baru sekarang aku sedar..ALLAH tak pernah tinggalkan hambaNYA...walaupun sudah banyak dosa yang pernah hambaNYA ni buat..ALLAH tetap membuka pintu taubat untuk hambaNYA...walaupun dosa seluas lautan sekalipun, DIA akan ampunkan...masyaALLAH...rasa kerdil dan jahilnya diri ni...pada ramadhan lepas, aku berusaha untuk tingkatkan amalan aku...aku didik hati aku supaya menjadi sekeping hati yang sabar, tabah dan redha dengan ketentuanNYA..aku cuba untuk jadi yang terbaik...semua orang nak jadi baik kan??? satu benda yang aku rasa lepas aku berubah ni...aku rasa tenang sangat...bila aku diuji, aku sabar...dan bila aku fikir balik hikmahnya, aku rasa sangat bersyukur...pengetahuan kite memang terbatas...ALLAH takdirkan sesuatu yang terbaik untuk kite...kita lah yang harus mentadbirNYA dengan sebaik mungkin...sekali kite tersilap, selamanya kite akan menyesal..
Dalam masa diuji, aku tak tahu berapa banyak tisu aku dah buang, berapa banyak handkerchief jadi tempat aku lap snivel aku..family and sahabat menjadi sumber kekuatan aku...sayang jugak mereka kat aku...Dalam masa aku diuji, aku sudah mengenali siapa sahabat, siapa kawan....and siapa musuh...aku didik hati aku supaya tidak berdendam dengan sesiapa...setiap kali aku nak tido, aku maafkan semua orang termasuk "orang tu"...aku tak nak bermusuh dengan sesiapa...walaupun 'dia' buat aku sedih, aku tetap maafkan dia..kat situ aku dah belaja jadi seorang yang pemaaf...sampai sekarang aku praktik kan..
Aku diuji pula dengan tesis yang selalu 'direject'....tesis lab dah berapa kali aku repeat...tapi aku tetap sabar...inilah ujian seorang pelajar...tanpa ujian, hidup ni tak ada manisnya..mungkin tesis aku antara yang terbaik...mane tahu kan...think positive je...untuk sedapkan hati ni...ALLAH je tahu cam ne hati ni mendendang-dendangkan irama sampai nak pecah..hahaha~
Whatever it is....back 2 basic..
ALLAH is the BEST..
lagu ni khas untuk diri sendiri...
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Tajuk Nasyid : Segenggam Tabah
Artis : Inteam
Album : Tiada Lagi Kasih
lagu ni khas untuk diri sendiri...
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Tajuk Nasyid : Segenggam Tabah
Artis : Inteam
Album : Tiada Lagi Kasih
sekadar luahanku kepadaMU....
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Ya ALLAH...ampunkanlah dosa-dosaku...
dosa kedua ibu bapaku..
dosa keluargaku..
dosa sahabat-sahabat ku..
dosa seluruh umat islam di bumi ini..
ya ALLAH...
jangan KAU gelapkan hatiku dengan dosa-dosaku...
permudahkan urusanku..
berikanlah kepadaku cinta orang-orang yang mencintaiMU..
agar tidak aku tersasar lagi di Dunia dan di Akhirat..
jadikanlah aku seorang anak yang solehah...seorang isteri yang solehah...dan seorang ibu yang boleh mendidik anak-anak untuk menjadi soleh dan solehah..
kurniakanlah aku keluarga yang soleh dan solehah..
anak-anak yang soleh dan solehah..
amin...ya Rabbal'alamin..
No comments:
Post a Comment